MUADZAM SHAH. 05 Februari 2023 – MUADZAM SHAH, 05 Februari 2023 – Sejurus menerima khabar asnaf memerlukan bantuan, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah segera menyampaikan zakat pada waktu itu juga, walhal ketika itu hari masih malam sekitar jam 9.30 malam.
Seorang asnaf yang diuji dengan penyakit demam denggi & kencing tikus ini menerima zakat dari pihak MUIP berupa wang tunai berjumlah RM500.00 yang telah disempurnakan penyampaian zakat oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Muadzam Shah di hadapan wad sebuah hospital kerana beliau masih memerlukan rawatan lanjut disana.
Keperluan asnaf sentiasa diutamakan, kerana inilah yang dituntut dalam agama kita. Semoga dengan memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan pula urusan kita nanti.
Tidak dilupakan juga, pihak MUIP mendoakan agar beliau segera dikurniakan kesembuhan dan sihat sepenuhnya seperti sediakala.