TEMERLOH. 07 Februari 2023 – Armand Nyipa Akat, 23 Tahun telah melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh dibawa oleh Puan Nurmaisah Binti Kamlun. Beliau berhijrah daripada Belaga, Sarawak dan kini menetap di Paya Siput, Lanchang serta bekerja sebagai buruh binaan projek ECRL.

Beliau telah diberikan sedikit perkongsian berkenaan asas asas pengetahuan Islam misalnya Rukun Islam, Rukun Iman dan kewajipan-kewajipan sebagai seorang Muslim. Tambahan itu juga, beliau telah disumbangkan kit ibadah untuk kelengkapan beliau menjalani ibadah seharian. Oleh itu, moga Armand diberikan istiqamah dan taufiq serta hidayah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang beragama Islam.

#muallafpahang #syahadah #muiptemerloh #kasihmuallaf