ROMPIN. 26 September 2022 – Tiga orang saudara baharu masing-masing dua orang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Kedaik dan seorang lagi berasal dari KOA Batu Tiga telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidup mereka, dan mereka telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Cawangan Daerah Rompin.

Mereka telah dibimbing untuk melafazkan Syahadah serta diberi penerangan berkenaan dengan Islam oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi.

Kesemua saudara baharu ini seterusnya akan diberi bimbingan oleh Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik di KOA masing-masing, serta diletakkan dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada mereka untuk terus memahami, mendalami dan menghayati serta kekal berpegang teguh dengan ajaran dan nilai-nilai Islam sehingga ke akhir hayat mereka.