KUALA LIPIS. 29 September 2022 – Program Cakna Asnaf anjuran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) daerah lipis mendapat sambutan yang baik dari ketua kampung bagi Kampung Tanjung Besar Tengah,Lipis.
Program ini bertujuan menziarahi asnaf-asnaf dan memberi bantuan yang selayaknya kepada mereka.
Ketua Kampung berbesar hati dengan kehadiran pihak MUIP dan kesudian menziarahi asnaf-asnaf di kampung beliau.
Ziarah tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada JPKK Kampung Tanjung Besar Tengah sebagai kenang-kenangan.