KUALA LIPIS. 26 September 2022 – Saudara Nizam disyaki menghidap masalah jantung iaitu saluran tersumbat selepas pemeriksaan jantung terhadap beliau baru-baru ini.
Beliau ketika ini berada di wad Hospital Kuala Lipis sejak jumaat lepas sambil ditemani isterinya.
Beliau ketika ditemui menceritakan telah menghidap masalah jantung hampir 2 tahun dan lama kelamaan keadaan semakin agak membimbangkan.
Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis hadir menziarahi beliau memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar beliau segera sembuh.
Saudar Nizam merupakan Ketua Zon 4 bagi Pembantu Penyelaras Masyarakat Orang Asli (PePIMA) daerah Lipis.