BENTONG. 28 April 2022 – Majlis berbuka Puasa anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dengan kerjasama MUIP Cawangan Bentong yang bertempat di Kampung Orang Asli Lebak. Penduduk hadir pada pukul 6.30 petang dan program disulami dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz syaiful Azhar dari pejabat agama Daerah Bentong tentang kelebihan Bulan Ramadhan. Majlis diserikan lagi dengan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Semoga dengan program ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam.