BENTONG. 31 Mac 2022 – Muip Cawangan Bentong telah mengadakan taklimat Amil Zakat Fitrah tahun 2022 kepada semua Amil Daerah Bentong. Seramai 53 orang Amil yang bertauliah telah hadir. Tujuannya adalah untuk menerangkan prosedur yang berkaitan kutipan Zakat Fitrah. Program berlangsung di dewan seminar Muip Bentong.