BENTONG. 13 Julai 2022 – Muip Cawangan Bentong bersama-sama unit teknikal muip telah melawat tapak bagi pembinaan surau Kampung Orang Asli Chemperoh Janda Baik. Projek ini dilaksanakan untuk menjadikan Kampung tersebut sebagai one stop center bagi kemudahan para pelancong serta agensi luar untuk mengadakan program untuk masyarakat Asli di Kawasan tersebut. Hadir sama En Zali A/L Ramli Pegawai JAKOA Daerah Bentong dan Puan Norizan bagi pihak ORANCO selaku wakil khas bagi perkara yang berkaitan Masyarakat Asli di Negeri Pahang