MUADZAM SHAH. 13 September 2022 – MUADZAM SHAH, 13 SEPTEMBER 2022 – Encik Md Nor yang tinggal bersama anaknya di Desa Keranji, Muadzam Shah menghidap penyakit angin ahmar yang hanya terlantar dan tidak mampu mengurus diri sendiri.
Lantaran itu, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke tempat tinggal beliau bagi mendapatkan maklumat lanjut. Pihak MUIP dimaklumkan bahawa beliau memerlukan lampin pakai buang dan kerap berulang-alik bagi mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Oleh yang demikian, pihak MUIP menyalurkan zakat kepadanya berupa katil perubatan berjumlah RM2335.00 beserta baucar pembelian barangan di pasaraya terpilih berjumlah RM300.00 secara bulanan dan juga wang tunai RM200.00 untuk perjalanan beliau ke HTAA.