MUADZAM SHAH. 02 September 2022 – MUADZAM SHAH, 02 SEPTEMBER 2022 – Semua pelajar di Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) kelihatan sangat ceria apabila masing-masing menerima wang zakat berjumlah RM100.00 setiap seorang dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Zakat yang berjumlah RM30,000.00 ini telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Muadzam Shah. Majlis penyampaian yang bertempat di surau sekolah tersebut telah disaksikan oleh Ustaz Hasbullah selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMABI dan juga seorang guru yang mengajar disekolah itu.
Dengan terimaan wang zakat ini, sedikit sebanyak dapatlah membantu pelajar meringankan urusan kewangan mereka khususnya dalam hal berkaitan pendidikan samada membayar yuran yang tertunggak mahupun membeli peralatan untuk belajar.
Mana-mana pihak sekolah yang mendapati terdapat pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan, pihak MUIP mengalu-alukan permohonan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. Semoga keprihatinan kita ini dapat mengelakkan terhalangnya sesi pembelajaran pelajar miskin atas faktor kekangan dari sudut kewangan keluarga mereka.