MUADZAM SHAH. 14 September 2022 – MUADZAM SHAH, 14 SEPTEMBER 2022 – Pada hari ini, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama pihak Pahang Medical Centre (PMC) menyampaikan sumbangan peralatan perubatan kepada pihak Hospital Muadzam Shah.
Kesemua peralatan yang berjumlah RM99,460.00 ini sangat bermakna buat pihak hospital kerana peralatan sebegini merupakan keperluan yang amat diperlukan oleh mereka untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pesakit yang mendapatkan rawatan mengikut keperluan pesakit bagi melengkapkan proses rawatan dan pemulihan dari penyakit yang dihidapi.
Terima kasih dan tahniah kepada pihak hospital di atas segala pengorbanan dan usaha yang telah dicurahkan dalam memastikan semua pesakit diberi rawatan yang sewajarnya. Semoga apa yang dilaksanakan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaanNya serta memberi banyak manfaat untuk semua.