TEMERLOH. 08 September 2022 – Alhamdulillah, Sebanyak 32 keluarga telah diziarahi dalam Program Cakna Asnaf di Mukim Lebak. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh PERKESO dan mendapat kerjasama oleh penghulu dan wakil daripada JKKK daripada Kampung Baru Lebak, Kg tanjung Kerayong Lebak dan Kg Tanjung Belenggu.

Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin di kawasan berkenaan yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.

#CaknaAsnaf #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat