TEMERLOH. 07 September 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 5 di Masjid Ihsaniah, Lebak, Temerloh. Forum ini akan membincangkan ”Harta Ke Syurga” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ybrs Dr Haji Asmadi Bin Abdul Rahman(Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif,(Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ) seterusnya Ustaz Mohd Azmi bin Otman ( Pengurus Zon Timur,Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan satu orang Moderator forum Muhammad Alif Najmi bin Mohd Azhar(Pegawai Dakwah Muip Cawangan Daerah Temerloh).

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat dan bagaimana agihan dan kutipan dilakukan.

Semoga program ini bermanfaat buat rakyat Pahang dapat sambutan oleh semua Penduduk.

#ForumKhairulUmmah
#HartaKeSyurga
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat