KUALA LIPIS. 30 Ogos 2022 – Lawatan dan tawaran kerja bersama kontraktor telah dilaksanakan di empat buah lokasi iaitu Kampung Berchang,Kampung Tanjung Jambu,Kampung kerambit serta Kampung Limau Purut.
Lawatan ini diketuai oleh Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) cawangan Lipis bersama-sama Unit Teknikal MUIP Kuantan.
Lawatan ini bertujuan menawarkan kerja bina baharu atau baik pulih rumah asnaf-asnaf kepada kontraktor yang telah berdaftar dan telah diundi giliran mereka pada hujung tahun lepas.
Asnaf-asnaf yang diberi bantuan ini adalah mereka yang telah dinilai dan dikategorikan sebagai asnaf,terutamanya fakir dan miskin.
Semoga bantuan ini memberi manfaat yang besar kepada penerima dan inilah salah satu cabang saluran pemberian zakat yang telah dibayar oleh pembayar zakat di negeri pahang.