TEMERLOH. 02 September 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang bagi tahun 2022 di Sekolah Menengah Agama Al Wosto pagi ini.

Seramai 264 orang pelajar sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat pendidikan yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM 26, 400.00. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh.

Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak.

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat