TEMERLOH. 01 September 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi Puan Salmah di Kampung Kuala Mai, Kuala Krau hari ini.

Rumah yang diduduki 4 beranak tersebut merupakan rumah pusa yang sudah uzur dan dhaif yang memerlukan kepada pembaikan.

Prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh beliau sekeluarga, Pihak Muip akan membantu membaik pulih rumah tersebut. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

#MuipTemerloh #CaknanAsnaf #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat