TEMERLOH. 01 September 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu hari ini telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa ribut yang berlaku pada pertengahan ogos lalu.

Sebanyak 75 buah rumah terjejas ribut yang terlibat melibatkan 5 Mukim dalam daerah Temerloh. Rata rata rumah telah mengalami beberapa kerosakan atap di beberapa bahagian rumah akibat di tiup angin kencang dan di timpa pokok tumbang.

Bantuan berupa wang tunai berjumlah RM 300.00 sekeluarga melibatkan peruntukkan RM 24, 000.00 telah di sampaikan oleh Pihak Muip Cawangan Temerloh kepada mangsa-mangsa yang terlibat di Dewan Guntung Kelibang, Kerdau Temerloh.

Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa.

#caknaasnaf #baitualmalpahang #muiptemerloh #terimakasihpembayarzakat