ROMPIN. 01 September 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengagihkan Bantuan Zakat Pendidikan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin.

Seramai 403 orang pelajar dari SMA Rompin telah menerima bantuan zakat berkenaan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 40,300 secara keseluruhannya.

Semoga bantuan yang diagihkan kepada pelajar-pelajar di sekolah agama berkenaan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, serta memberi galakan kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka demi untuk mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi disamping dapat membantu meringankan bebanan ibubapa mereka dalam menguruskan persekolahan mereka.