TEMERLOH. 30 Ogos 2022 – Seramai 168 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah menerima agihan zakat dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP di dewan sekolah hari ini.

Turut hadir bersama, Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Puan Umi Nafisah bt Md Sirat dan Ketua Unit Pembiayaan Zakat, Ustaz Muhammad Hilmy Bin Muhamad Khalil.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBrs. Dr Haji Asmadi, beliau
mengingatkan para pelajar supaya memanfaatkan duit zakat seperti membeli alat kelengkapan sekolah dan membayar tunggakan yuran. Beliau juga menasihati para pelajar supaya sentiasa menghormati guru dan belajar bersungguh- sungguh demi kejayaan di masa hadapan.