KUALA LIPIS. 21 Julai 2022 – Seramai 151 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Lipis dari golongan asnaf menerima agihan zakat yang diserahkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis baru-baru ini.
Pelajar-pelajar tersebut terdiri dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,termasuk juga pelajar Pendidikan Khas serta pelajar dari kalangan orang asli.
Agihan yang diserahkan berupa wang tunai RM 100 setiap seorang dan serahan tersebut disempurnakan oleh Pengurus MUIP cawangan Lipis sambil disaksikan oleh pengetua SMK Kerambit, Puan Roziah Mohd Yusof.