TEMERLOH. 26 Julai 2022 – Syukur kepada Allah dan terima kasih Muip buat rumah baru buat saya, kata En Iskandar Jodin bin Bahador yang merupakan asnaf. Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah membuat penyerahan rumah yang telah siap di bina baru oleh Muip dari peruntukan zakat di Kg Batu Kapor, Mentakab hari ini.

Beliau merupakan mangsa banjir pada awal tahun yang lalu dan Muip telah memberi bantuan bina baru di atas tanah milik isterinya yang tidak jauh daripada rumah lamanya.

Kelulusan yang telah diberikan oleh Muip bagi kerja bina baru rumahnya adalah berjumlah RM 65, 000.00 dan telah dilaksanakan oleh kontraktor undian Muip.

Semoga bantuan bina baru rumah yang di berikan oleh pihak Muip dari peruntukan zakat ini memberi keselesaan untuk berteduh kepada beliau sekeluarga.

#MuipTemerloh #CaknaAsnaf #BaitulmalPahang #TerimakasihPembayarZakat