BERA. 27 Julai 2022 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bera, Jakoa Bera, Surau Darul Falah Taman Jati dan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia Cawangan Pahang telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Bera.

Seramai 22 orang dari kalangan Masyarakat orang Asli hadir bagi mengikuti Kursus yang dianjurkan MUIP Cawangan Bera.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan Masyarakat Orang Asli mampu untuk mengendalikan pengurusan jenazah di perkampungan masing-masing

#MUIPBera
#KursusJenazah
#DakwahUntukSemua