KUALA LIPIS. 15 Julai 2022 – Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku,Kuala Lipis menerima agihan zakat pendidikan berupa wang tunai kepada para pelajar daripada pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).
Seperti sedia maklum, pihak MUIP merupakan agensi agama yang menguruskan agihan zakat kepada asnaf-asnaf di negeri Pahang.
Seramai 557 orang pelajar sekolah tersebut menerima pemberian zakat dan serahan wang tunai tersebut disempurnakan oleh Pengurus MUIP cawangan Lipis bersama pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku.
Semoga pemberian ini memberi galakkan dan semangat kepada para pelajar untuk terus menuntut ilmu.