MUADZAM SHAH. 14 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 14 JUN 2022 – Salah satu daripada bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dari sumber zakat adalah bantuan peralatan perubatan, antaranya katil boleh laras.
Katil boleh laras adakalanya amat diperlukan oleh pesakit terutamanya pesakit yang terlantar bagi memudahkan mereka duduk dan bangun dari katil. Bantuan seperti ini diberikan kepada individu yang tidak mampu untuk membelinya.
Pada kali ini, pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah menghantar katil boleh laras ke rumah pesakit terlantar yang bertempat di Bukit Ibam. Selain itu, beliau juga turut diberi satu set barangan keperluan memasak bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Semoga beliau sabar menghadapi ujian ini dan dikurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda serta diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.