MUADZAM SHAH. 25 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 25 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menyampaikan agihan zakat berupa wang tunai dan set barangan keperluan memasak di Desa Mawar pada hari ini.
Serahan zakat tersebut telah disampaikan oleh pihak MUIP kepada Puan Rosnita yang tinggal bersama dua orang anaknya dirumah sewa mereka. Hidup di dunia yang penuh dengan ujian kehidupan memerlukan kesabaran.
Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud Tiada sesuatu pun yang menimpa diri seorang Mukmin, samada berupa keletihan, rasa sakit, kecemasan, kesedihan, gangguan, mahupun kesusahan, bahkan sampai tertusuk duri sekalipun, melainkan Allah akan menghapus dosanya berkat musibah yang menimpanya itu.
Dalam satu hadis Nabi bersabda yang bermaksud Tidak beriman kepadaku orang yang bermalam dalam kekenyangan sedangkan jiran tetangganya kelaparan dan dia mengetahuinya.
Sebarang makluman mengenai keluarga atau individu yang berada dalam kesusahan, segeralah memaklumkan kepada pihak MUIP agar mereka dapat dibantu dengan sewajarnya.