MUADZAM SHAH. 19 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 19 JULAI 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah menerima kunjungan dari Pahang Medical Centre (PMC) bagi berbincang dan berkongsi idea dalam pengurusan asnaf khususnya bantuan peralatan hospital.
Pihak MUIP amat mengalu-alukan kehadiran PMC yang diwakili oleh Puan Atkah Salwa ini. Banyak cadangan dan jenis peralatan yang boleh dibekalkan oleh PMC dapat dikongsikan bersama dalam pertemuan ini.
Semoga urusan pembekalan barangan peralatan pesakit akan lebih lancar dan mudah dengan adanya PMC yang sudi menawarkan khidmat pembekalan dalam usaha menyegerakan bantuan tersebut.