MUADZAM SHAH. 22 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 22 Julai 2022 – Amil Zakat Fitrah kariah Bukit Ibam dan wakil pejabat JPKK turut sama hadir menyaksikan serahan siap kerja baik pulih rumah asnaf dan sedia untuk didiami.
Sebanyak RM31,085 agihan zakat kategori baik pulih rumah asnaf diberikan kepada Encik Mohd Nawi berupa rumah yang siap disenggara agar rumah yang menjadi kediaman beliau sekeluarga ini selamat diduduki dan lebih selesa dari sebelumnya.
Harta zakat terlalu bermanfaat kepada penerimanya, juga dengan asbab membayar zakatlah, semua pembayar zakat turut beroleh pahala kerana meringankan bebanan golongan yang kurang berkemampuan.