BERA. 18 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah membuat pemantauan proses bina baru rumah asnaf dan status pembinaan melibatkan 4 buah rumah, 1 di Kg Tok Langit, 1 di Kg Kuala Triang serta 2 di Kg Kuala Bera.

Menurut Pengurus Cawangan Daerah MUIP Bera, lawatan ke tapak pembinaan ini adalah rutin biasa bagi pihak MUIP untuk memastikan pembinaan rumah asnaf berjalan dengan lancar serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Semoga kerja pembinaan ini berjalan seperti yang dirancang serta dapat diserahkan segera kepada asnaf tersebut.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat