MUADZAM SHAH. 18 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 18 JULAI 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Felda Selancar 2 bagi menyantuni mangsa kebakaran rumah, Encik Mukhtar.
Beliau beserta isteri dan anaknya ketika kejadian itu, tiada dirumah. Jiran-jiran yang berdekatan yang menyedari kebakaran segera membantu mengawal api dari terus marak.
Syukurlah tidak keseluruhan rumah yang terbakar dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Kebakaran itu melibatkan bahagian ruang tamu rumah yang menyebabkan tingkap, tilam, televisyen dan tikar getah dijilat api.
Pihak MUIP dalam lawatan itu menyampaikan sumbangan agihan zakat kategori bencana kepada beliau, yang turut disaksikan oleh Pengurus Felda, Pengerusi Masjid, Imam dan Bendahari Masjid Selancar 2.