TEMERLOH. 14 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 1 di Masjid Al-Wosto, Tanjong Besar. Forum ini akan membincangkan ”Kemana Harta Zakat Diagihkan” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Mohd Muzil Adli bin Nemat (Pengurus Muip Cawangan Daerah Raub) seterusnya Ustaz Mohd Asri bin Awang ( Pengurus Zon Tengah,Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan satu orang Moderator forum Ustaz Muhammad Alif Najmi bin Mohd Azhar (Pegawai Dakwah Muip Cawangan Temerloh).

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di masjid-masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat