BERA. 13 Julai 2022 – MUIP Cawangan Bera & Pejabat Agama Islam Daerah Bera telah menjayakan Program Sambutan Hari Raya Eidul Adha & Penghayatan Korban bersama masyarakat Orang Asli Pos Iskandar, Bera.

Program selama 2 hari 1 malam bermula dengan sembelihan kambing pada petang hari dan malamnya diisi dengan solat berjemaah dan Tazkirah yang disampaikan oleh Ust Zainuddin Bin Awang dari Unit Dakwah PAID.

Pada hari berikutnya, seawal pagi pihak pengajur menguruskan 3 ekor lembu untuk diagihkan kepada Penduduk Islam yang berada di Pos Iskandar, Bera.

Alhamdulillah, tahun ini buat julung kalinya, penduduk Islam Pos Iskandar berjaya memasuki bahagian korban untuk 1 ekor daripada 3 ekor lembu tersebut.

Pihak MUIP Cawangan Bera mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA), Penggerak Jakim serta semua yang terlibat.

Semoga syiar Islam terus bercahaya dan menyinar di Perkampungan Orang Asli Daerah Bera.

#MuipBera
#IslamItuIndah #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat