KUALA LIPIS. 25 Jun 2022 – Tiga permohonan bina baharu rumah dari asnaf mendapat perhatian pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan dinilai bagi kelayakan bantuan tersebut.
Pihak MUIP Lipis bersama Unit Teknikal ibu pejabat MUIP hadir bersama bagi melihat dan menilai permohonan asnaf dan bantuan yang selayaknya.
Tiga buah rumah tersebut adalah dua dari Kampung Lalang dan satu dari Kampung Bukit Betong.
Satu buah rumah di Bukit Betong tersebut adalah mangsa kebakaran baru-baru ini, iaitu Mohamad Azli, akan dibantu pihak MUIP setelah rumahnya habis terbakar dan tidak lagi boleh diduduki.
Semoga bantuan yang akan dihulurkan pihak MUIP ini akan memberi keberkatan dan kebaikan bersama.