KUALA LIPIS. 06 Julai 2022 – Program Ziarah dan Suai Kenal bersama penduduk orang asli di Kampung Lancang, Pos Betau anjuran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat.
Diadakan selama 1 hari,bermula jam 2.00 petang dan dimulakan dengan ziarah ke setiap rumah penduduk kampung tersebut sambil-sambil berkenal-kenalan.
Seterusnya,disediakan juga makanan tengahari oleh pihak MUIP kepada penduduk bersama urusetia bagi merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Acara terakhir adalah sukaneka bersama penduduk kampung yang disertai oleh pelbagai golongan usia.