MUADZAM SHAH. 08 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 08 JULAI 2022 – Seorang wanita yang baru kematian suaminya serta masih dalam tempoh iddah 4 bulan 10 hari diziarahi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah di rumahnya di Bukit Ibam.
Sesi ziarah ke rumah Puan Norbayah bersama Amil Zakat Fitrah yang juga merupakan Imam Masjid An-Nahdhah, Bukit Ibam ini adalah bertujuan untuk menguatkan semangat beliau yang sedang bersedih setelah kematian insan tersayang. Pihak MUIP memberikan satu set barangan keperluan memasak serta wang zakat untuk kegunaannya ketika ini.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan bagi waris yang masih hidup perlulah meneruskan kehidupan dimasa mendatang dengan redha atas pemergian individu yang dikasihi. Apa sahaja yang kita miliki, semuanya merupakan pinjaman semata-mata, ketahuilah bahawasanya Allah SWT sahaja yang kekal abadi.