MUADZAM SHAH. 28 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 28 JUN 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama Amil Zakat Fitrah Ladang Sawira dan Pengerusi Masjid Ladang Sawira menyerahkan set barangan keperluan asas kepada 10 keluarga yang dilihat layak menerimanya.
Antara barangan tersebut termasuklah beras, minyak masak, tepung dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan golongan yang kurang berkemampuan.
Sekiranya mana-mana individu atau keluarga yang memerlukan barangan seperti ini, bolehlah segera memaklumkan ke pejabat MUIP untuk dinilai terlebih dahulu had kifayah mereka supaya keperluan yang sewajarnya dapat diberikan dengan sebaik mungkin.
Terima kasih kepada semua yang terlibat melancarkan sesi agihan pada kali ini, terima kasih juga kepada semua pembayar fidyah dan pembayar zakat Negeri Pahang kerana melaksanakan kewajipan anda mengikut saluran yang betul.