MUADZAM SHAH. 07 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 07 JULAI 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah pada hari ini dengan kerjasama Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Felda Keratong 7 ke rumah Encik Asdierul bagi sesi semakan keperluan zakat.
Setiap permohonan zakat akan diteliti oleh pihak MUIP supaya nasib asnaf zakat sentiasa terbela serta keperluan mereka dapat dipenuhi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Setiap keluarga mempunyai tanggungan dan hasil pendapatan yang berbeza. Misalnya seorang yang bergaji RM2000 yang mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah dengan individu lain yang juga bergaji RM2000 yang tiada tanggungan, adakah sama gaya hidup mereka? Sudah tentulah tidak. Oleh yang demikian, salah satu cara dalam penilaian agihan zakat adalah berdasarkan had kifayah masing-masing.
Pelbagai sudut perlu dilihat dan diketahui agar asnaf dapat dibantu dengan sebaiknya. Individu yang berkemampuan pada tahun ini contohnya, belum tentu tahun hadapan beliau masih berkemampuan. Ini kerana sekiranya beliau ditimpa musibah seperti sakit lumpuh atau kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja, maka beliau berkemungkinan berada dalam golongan miskin pula.
Semoga semua pihak dapat mainan peranan untuk sama-sama menyalurkan maklumat kepada pihak MUIP mengenai individu atau keluarga yang memerlukan bantuan zakat supaya semua umat Islam menerima manfaat dari sumber zakat.