MUADZAM SHAH. 01 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 01 JULAI 2022 – Jelas terpancar riak keceriaan di wajah seorang wanita yang berumur 83 tahun apabila menerima sebuah katil dua fungsi dan kerusi roda dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Katil dan kerusi roda dari sumber zakat ini dihantar terus ke tempat tinggal beliau iaitu di Felda Selancar 2, Muadzam Shah. Terima kasih diucapkan kepada Pengurus Felda Selancar 2 yang turut hadir menyaksikan ketika serahan barangan ini dilaksanakan oleh Pengurus Cawangan Daerah serta Pembantu Hal Ehwal Islam, MUIP Cawangan Muadzam Shah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan sesi agihan ini, bermula dari proses pembelian sehinggalah proses penyerahan. Juga tidak dilupakan, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat Negeri Pahang. Inilah antara hasil zakat yang sama-sama kita keluarkan, ia amat bermakna kepada penerimanya.