KUALA LIPIS. 25 Jun 2022 – Saudara Sudin tersipu malu ketika ditanyakan perasaan menerima rumah bantuan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) baru-baru ini.
Beliau gembira dan berpuasa hati dengan bantuan rumah baharu yang dibantu sepenuhnya oleh MUIP dan akan berpindah ke rumah barunya dalam masa terdekat.
Sebelum ini,beliau dan ibunya tinggal di rumah usang, uzur dan tidak selesa untuk didiami,maka dengan sikap cakna yang dilakukan oleh Penghulu Mukim Kechau,saudara Hafiz Jalaluddin dengan segera memaklumkan kepada pihak MUIP bagi memohon bantuan rumah baru untuk mereka yang tergolong golongan asnaf.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini mampu memberi keselesaan kepada penerima dan lebih terjaga keselamatan mereka berbanding sebelum ini.