KUALA LIPIS. 02 Julai 2022 – Walaupun cuaca agak panas di awal pagi, ia tidak menghalang Tadika Pintar Quran MUIP Lipis melaksanakan Hari Sukan bersama para pelajar.
Bermula jam 8.30 pagi dengan dimulakan acara perbarisan mengikut rumah sukan iaitu rumah kuning, hijau, merah dan biru.
Hari sukan tersebut juga dihadiri oleh ibu bapa-ibu bapa pelajar dan bersama-sama membantu pihak tadika sepanjang hari sukan.
Sekitar 15 acara dipertandingkan mengikut kategori umur pelajar-pelajar iaitu 5 dan 6 tahun.
Semangat dan kelincahan pelajar-pelajar tadika memeriahkan lagi sambutan hari sukan dalam berkobar-berkobar memburu kejuaraan.
Juara keseluruhan bagi hari sukan Tadika pintar Quran jatuh kepada pasukan rumah kuning. Tahniah diucapkan!