TEMERLOH. 04 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi Keluarga Encik Ramli di Taman Temerloh Jaya setelah mendapat aduan daripada orang awam.

Beliau telah mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan jatuh motor dan mengakibatkan beliau terputus sumber pendapatan buat masa kini dan mempunyai 3 orang tanggungan termasuk isteri beliau.

Selain itu juga, pihak Muip telah menziarahi keluarga En Baharudin Bin Dawi yang merupakan penerima bantuan bulanan Muip setelah mendapat aduan perihal keluarga mempunyai sedikit masalah kewangan.

Pihak Muip akan membantu 2 buah keluarga ini. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi untuk kelangsungan hidup.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimaKasihPembayarZakat