TEMERLOH. 04 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menyiasat permohonan bantuan kaki palsu buat En Razali yang telah kehilangan kakinya akibat dipotong kerana kencing manis.

Pihak Muip juga telah menyiasat satu lagi permohonan warga emas memohon baik pulih atap rumahnya yang telah uzur dan tidak mampu untuk membaikinya sendiri.

Pihak Muip akan membantu 2 buah keluarga ini mengikut kelayakan. Setiap golongan asnaf akan dipastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat dipenuhi untuk kelangsungan hidup.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimaKasihPembayarZakatPahang