TEMERLOH. 04 Julai 2022 – Majlis Ugama Islam Cawangan Daerah Temerloh telah membuat serahan sumbangan 2 unit penyaman udara buat Surau Al Hidayah Kampung Orang Asli Sungai Enggang, Kuala Gandah, Lanchang awal hari ini kepada Penyelia surau tersebut iaitu Ustazah Zaliah bt Ali.

Surau tersebut merupakan surau bagi penduduk Islam orang asli jajahan kampung orang asli di kuala Gandah. Surau tersebut juga merupakan surau yang baru siap di baik pulih oleh Muip bagi keselesaan ibadah masyarakat asli Islam di sana.

Semoga dengan sumbangan penyaman udara tersebut dapat memberi lebih keselesaan kepada penduduk Islam disana dalam menjalankan ibadah dan aktiviti keagaaman memandangkan cuaca masa kini terlalu terik dan panas.

Semoga pihak pegurusan surau dapat menggunakan serta memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan hemah dan baik.

#MuipTemerloh #CaknaAsnaf #CaknaDakwah #TerimaKasihPembayarZakat