MUADZAM SHAH. 05 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 05 JULAI 2022 – Puan Rasidah yang tinggal bersama dua orang anaknya kini berasa sangat gembira apabila rumah kediaman untuk mereka telah sedia untuk didiami.
Beliau sangat tidak menyangka bahawa dapat tinggal di rumah yang lebih selamat dan selesa, berbanding pondok pusaka yang menunggu masa runtuh yang menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga selama ini.
Bagaikan mimpi setelah menerima sebuah rumah idaman secara percuma dengan kos pembinaan RM60,000.00 yang dilengkapi dengan bilik tidur, tandas,dapur dan pendawaian elektrik ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta semua pembayar zakat.