JENGKA. 09 Mei 2022 – UJIAN DI BULAN SYAWAL TERIMA BANTUAN MUIP

JENGKA, 9 Mei 2022- Dalam suasana kemeriahan umat Islam menyambut bulan Syawal, satu insiden kebakaran telah memusnahkan sebuah rumah di Felda Jengka 9, pada 3 Syawal.

Mangsa yang tinggal 7 beranak berasa amat terkejut kerana rumahnya musnah terbakar. Beliau dalam perjalanan pulang ke kampung di Negeri Perak dan terus berpatah balik ke Pahang. Walau bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Dalam pada itu, Pengurus Cawangan Daerah Ustaz Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam telah menyerahkan sumbangan bencana sejumlah RM 2,000.00 kepada mangsa bagi meringankan bebanan yang dihadapinya dan turut hadir bersama Pengurus Felda Jengka 9.

#AsnafJengka
#MuipPrihatin
#MuipCakna
#MuipJengka
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang
#TerimaKasihPembayarZakat