JENGKA. 27 April 2022 – SUMBANGAN TABUNG GAS OKSIGEN KEPADA ADIK ZAHIRAH

JENGKA, 27 April 2022: Nurzahirah Amani binti Mohd Taufik, kanak-kanak berusia 2 tahun yang mengalami masalah kesihatan saraf sejak lahir, telah menerima bantuan berupa Tabung Gas Oksigen yang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Daerah Jengka, Ustaz Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam.

Untuk makluman, adik Zahirah kini mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kaedah penggunaan tiub sebagai alat bantuan untuk menerima susu sebagai makanan dan minuman harian adik Zahirah.

Keluarga ini merupakan penerima bantuan JKM. MUIP Cawangan Jengka juga akan menyalurkan bantuan selayaknya bagi meringankan beban mereka.

En. Taufik sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang kerana meluluskan bantuan gas oksigen untuk anaknya. Gas oksigen ini digunakan untuk perjalanan ke Hospital.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat menampung dan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau.

#MuipCakna
#MuipPrihatin
#AsnafDisantuni
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang
#TerimaKasihPembayarZakat