JENGKA. 17 Mei 2022 – MUIP SANTUNI MANGSA RUMAH TERBAKAR

JENGKA, 17 MEI 2022 – Rumah Puan Dijah Osman 69, yang berada di dalam rumah sedang tidur bersama anak- anak dan cucu telah terbakar sekitar pukul 3.20 pagi.

Kejadian kebakaran telah mengakibatkan Puan Dijah sekeluarga hilang tempat berteduh serta harta benda.

Walau bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa. Puan Dijah bersama anak termasuk cucunya telah berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan jiran terdekat.

Dengan penuh simpati, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa sebanyak RM 2000.00 yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah, Ustaz Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam.

Semoga Puan Dijah sekeluarga tabah menghadapi ujian dan agihan bantuan yang dihulurkan dapat membantu meringankan bebaban yang ditanggung.

#MuipJengka
#MuipPrihatin
#CaknaAsnaf
#AsnafZakat
#BaitulmalPahang
#ZakatPahang
#TerimaKasihPembayarZakat