MUADZAM SHAH. 26 Mac 2022 – MUADZAM SHAH, 26 MAC 2022 – Meskipun hari sabtu merupakan hari cuti, namun pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah sedia berkhidmat untuk membantu asnaf yang memerlukan.
Pagi ini, pihak MUIP dihubungi oleh Ketua Kampung untuk hadir menyantuni Encik Suhaimi di rumahnya di Desa Anggerik. Turut hadir bersama ke rumah beliau adalah ADUN Muadzam Shah.
Pihak MUIP mengambil butiran maklumat Encik Suhaimi bagi menyalurkan agihan zakat yang diperlukan oleh beliau. Sebagai bantuan awal, beliau telah diluluskan bantuan baucer barangan sebanyak RM200.00.