MUADZAM SHAH. 26 Mac 2022 – MUADZAM SHAH, 26 MAC 2022 – Sebaik sahaja selesai sesi ziarah di rumah Encik Suhaimi bersama Ketua Kampung dan ADUN muadzam Shah, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) segera mempertimbangkan agihan zakat berupa katil 3 fungsi beserta tilam kepada beliau.
Setelah mendapat persetujuan pihak pembekal untuk menghantarnya pada hari ini, maka pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah menyerahkan segera bantuan tersebut terus ke rumah penerimanya.
Encik Suhaimi, 53 tahun yang merupakan seorang peniaga kecil-kecilan, mempunyai 4 orang anak, dimana seorang daripadanya masih dibawah tanggungannya. Beliau disahkan terlantar kira-kira 1 bulan yang lalu.

Keseluruhan agihan zakat yang diserahkan kepada beliau berjumlah ini RM2850.00, sangat bermakna buat beliau. Terima kasih kepada pembayar zakat, wang anda semua diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak.