MUADZAM SHAH. 24 Mac 2022 – MUADZAM SHAH, 24 Mac 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama Ketua Kampung dan Amil Zakat Fitrah setelah selesai program Cakna Asnaf di Kampung Meripoh, sempat menyantuni pesakit terlantar di rumahnya yang terletak di Kota Bahagia, Muadzam Shah.
Bantuan yang sewajarnya akan diberikan seberapa segera bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga semua insan yang diuji dengan apa jua ujian, diberikan kekuatan dan diampunkan segala dosa serta dikurniakan iman yang sempurna dan beroleh syurga.