MUADZAM SHAH. 24 Mac 2022 – MUADZAM SHAH, 24 Mac 2022 – Hari ini telah berlangsungnya Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti (CAKNA) kali pertama bagi tahun 2022 ini di Kampung Meripoh, Muadzam Shah.

Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama wakil penduduk menziarahi rumah-rumah yang telah disenaraikan sebagai golongan yang memerlukan. Setiap rumah yang diziarahi diberikan satu set barangan memasak sebagai bantuan awal kepada mereka.

Program sebegini perlu diadakan untuk mengenal pasti asnaf yang memerlukan bantuan secara tersusun dan mengikut golongan sasar. Terima kasih diatas kerjasama yang sangat baik dari Ketua Kampung Meripoh serta penduduk kampung ini dalam memudahkan urusan pihak MUIP sepanjang program Cakna Asnaf ini berlangsung.

Semoga segala kerja dan khidmat bakti kita dinilai sebagai ibadat yang diredhai Allah SWT, selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang daripada kamu, yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, akan dilakukannya dengan penuh kesungguhan.